Last Updated on August 8, 2025 by Kelvin Mairin




PEMERIKSAAN LOKASI & PENGURUSAN SEMULA TAPAK PARKIR SERTA ALIRAN TRAFIK DI PEKAN KUNDASANG ![]()
Bagi meningkatkan keselesaan dan kelancaran pergerakan trafik di Pekan Kundasang, satu pemeriksaan tapak telah dijalankan bagi menilai susun atur parkir serta aliran trafik semasa. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan pengurusan parkir lebih teratur dan trafik lebih lancar untuk penduduk serta pelancong yang berkunjung.
Lokasi: Kawasan Parkir, Pekan Kundasang
Pemeriksaan ini dihadiri oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Ahli Majlis Majlis Daerah Ranau, wakil syarikat konsesi, serta Pengerusi JKDB Kundasang.
Majlis Daerah Ranau komited untuk memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan mesra pengguna, selaras dengan usaha memajukan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam pemeriksaan ini. Semoga langkah penambahbaikan yang diambil akan memberi manfaat kepada seluruh komuniti.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis.
#RanauPrihatin#PenyelenggaraanAwam#MajlisDaerahRanau#PekanKundasang#PengurusanParkir#AliranTrafik#SabahMajuJaya#ILoveRanau
![]()
