Pemandangan Udara Ranau

PENGENALAN DAERAH RANAU

Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat, utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Ranau manakala antara pekan lain yang terletak di daerah ini termasuklah Kundasang. Majoriti penduduk daerah Ranau merupakan masyarakat Kadazan-Dusun.

SEJARAH DAERAH RANAU

Ranau berasal dari perkataan Bahasa Dusun, Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.

Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah maka perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.

Pada tahun 1943 hingga 1947, Ranau merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Tambunan. Residen Sandakan kemudiannya mengambil alih pentadbiran Daerah Kecil Ranau.

Pada awal tahun 1960-an, Ranau telah menjadi sebuah daerah kecil bagi daerah Tambunan dan daerah Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh. Ranau telah menjadi sebuah daerah penuh bermula tahun 1961.

Navigasi Google Maps
Peta Pekan Ranau
Pelan Statik Pekan

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top