Last Updated on July 7, 2025 by Kelvin Mairin
Aduan Kerosakan Blok A Pekan Ranau






TINDAKAN PEMBAIKAN SUSULAN ADUAN ORANG RAMAI ![]()
Pihak kami telah menerima aduan berkaitan isu kerosakan laluan pejalan kaki dan tindakan pembaikan telah dijalankan seperti berikut:
Lokasi: Hadapan Maybank, Blok A, Pekan Ranau
Status Tindakan: Kerja menampal lubang laluan pejalan kaki telah siap dijalankan pada 4 Julai 2025 (Jumaat)
Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat dalam menyalurkan maklumat demi kesejahteraan bersama.
Sekiranya terdapat sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi melalui WhatsApp ke:
011-6266 3831 (Unit Penguatkuasa, Majlis Daerah Ranau)
Sama-sama kita pelihara kebersihan, keselamatan dan kemudahan awam di Ranau yang kita cintai ini.
#RanauPrihatin#AduanKomuniti#MajlisDaerahRanau#TindakanSusulan#KerjasamaKomuniti#SabahMajuJaya#ILoveRanau
![]()
