HALA TUJU STRATEGIK
VISI & MISI KORPORAT
VISI
Majlis Daerah Ranau beriltizam untuk mewujudkan sebuah pekan yang terancang, bersih, sejahtera dan berbudaya menjelang tahun 2025.
MISI
Meningkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Ranau melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti menerusi:
- Mewujudkan pembangunan yang mampan sebagai penjana kepada kesinambungan antara pembangunan sosial dan ekonomi;
- Mewujudkan sistem bandar yang terancang, dilengkapi infrastruktur tersusun, sistem telekomunikasi teratur, serta teknologi mekanikal sejajar piawaian wawasan Negara;
- Memelihara alam sekitar yang sempurna dengan landskap yang teratur;
- Mewujudkan suasana persekitaran yang lebih bersih, selesa dan selamat bagi semua penduduk.
![]()
