STANDARD PERKHIDMATAN

PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami adalah menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, jujur, bersedia membantu dan berazam akan melaksanakan piagam pelanggan seperti:-
1

Berjanji menyiasat setiap pertanyaan dan aduan tentang perkhidmatan kami dengan serta merta.

2

Memproses dan melulus permohonan, pelan pembangunan, pelan bangunan, pelan pecah bahagi tanah dalam tempoh dua (2) minggu dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

3

Mengeluarkan sijil layak menduduki bangunan (CCC) selepas pemeriksaan bangunan yang memenuhi syarat-syarat yang diterima daripada jabatan-jabatan berkenaan dalam tempoh satu (1) minggu.

4

Mempastikan bil-bil tuntutan cukai pintu dikeluarkan dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari untuk suku tahun pertama dan kedua dan bulan Julai untuk suku tahun ketiga dan keempat.

5

Mempastikan pemungutan sisa pepejal (sampah) dilaksanakan secara cekap dan dijalankan setiap hari bagi bangunan perusahaan/perniagaan, sekolah, hospital dan pejabat kerajaan dan tiga (3) kali seminggu di rumah-rumah kediaman dalam kawasan perkadaran/percukaian (Rating Area).

6

Mempastikan keindahan dan kebersihan bandar dipantau dan diselenggara pada setiap hari.

7

Mempastikan saluran parit tersumbat dibaiki/dibersihkan dalam tempoh satu hingga tiga (1-3) hari selepas menerima aduan.

8

Mempastikan permohonan pembaharuan lesen-lesen diluluskan serta merta, permohonan lesen-lesen baru diluluskan dalam tempoh satu minggu dengan syarat kehendak-kehendak peraturan perlesenan dipatuhi.

9

Mempastikan undang-undang kecil Majlis Daerah Ranau dikuatkuasakan secara adil dan saksama.

10

Mempastikan pembayaran ke atas perkhidmatan dan pembekalan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan invois/bil/tuntutan.

11

Mempastikan kaunter pembayaran dibuka pada Jam 8.00 pagi – 1.00 petang dan 2.00 – 3.00 petang (Isnin – Khamis) manakala Jam 8.00 pagi – 11.00 pagi dan 2.00 – 3.00 petang (Jumaat).

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top