Elmer Endra M. Sator
Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Ranau
Perutusan Pegawai Eksekutif
Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya merakamkan tahniah dan syabas kepada Majlis Daerah Ranau (MDR) kerana berjaya membangunkan Laman Web Majlis Daerah Ranau. Sesuai dengan hasrat serta penekanan Kerajaan Negeri Sabah untuk mempertingkatkan keupayaan dan kepesatan teknologi maklumat di setiap jabatan kerajaan, Majlis Daerah Ranau juga tidak mahu ketinggalan dalam memudahkan penyebaran maklumat-maklumat kerana laman web merupakan salah satu dari wahana yang boleh dijadikan penghubung antara Majlis Daerah Ranau dengan para pelanggan dan dunia luar melalui rangkaian internet.
Kami di Majlis Daerah Ranau berharap agar laman web ini digunakan sebagai one stop centre untuk maklumat yang praktikal dan berguna kepada para pelanggan serta mempermudahkan pelbagai urusan dengan Majlis Daerah Ranau.
Sekali lagi, saya amat mengalukan-alukan anda semua untuk melawat dan melayari laman web Majlis Daerah Ranau. Anda juga boleh menghubungi Majlis Daerah Ranau jika memerlukan apa-apa bantuan. Pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Ranau sedia membantu anda.
Sekian, terima kasih.
“Ranau Dihatiku”
![]()
