HALA TUJU STRATEGIK

OBJEKTIF & DASAR UTAMA AGENSI

Enam objektif strategik utama dikenal pasti bagi membantu warga kerja Majlis Daerah Ranau melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menangani cabaran-cabaran yang berbangkit dalam merealisasikan visi dan misi yang ditetapkan:

Meningkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis bagi memantapkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.
Memperkasakan tadbir urus Majlis dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi.
Memperkukuh dan memantapkan sumber hasil Majlis bagi merancang pembangunan dan pelaksanaan program.
Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian.
Memantapkan kolaborasi strategik bagi melicinkan pelaksanaan program.
Mempergiat pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio-ekonomi secara holistik untuk kesejahteraan masyarakat.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top