Dasar Privasi

DASAR PRIVASI

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung laman web Majlis Daerah Ranau.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut mungkin akan dikongsi bersama agensi awam lain bagi tujuan penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya, dalam penyelesaian aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi-agensi lain yang berkaitan.

Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda secara sukarela melalui e-mel atau borang atas talian.

Pautan ke Laman Web Lain

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web Majlis Daerah Ranau sahaja. Pengunjung dinasihatkan untuk meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilawati kerana ia mungkin berbeza daripada dasar ini.

Pindaan Dasar

Sekiranya terdapat sebarang pindaan terhadap dasar privasi ini, perubahan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari laman ini secara berkala, anda akan mendapat maklumat terkini mengenai dasar ini serta cara maklumat dikendalikan dan dikongsi apabila perlu.

Hakcipta Terpelihara @ Laman Web Rasmi Majlis Daerah Ranau 2025

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top