Last Updated on July 18, 2025 by Kelvin Mairin

![]()
AMARAN PARKIR KENDERAAN DI BAWAH POKOK
Majlis Daerah Ranau – Peringatan Keselamatan
Keadaan cuaca berangin kuat yang sedang melanda beberapa kawasan di Ranau ketika ini berpotensi menyebabkan pokok tumbang atau dahan patah. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar TIDAK meletakkan kenderaan di bawah pokok bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Majlis Daerah Ranau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kejadian yang berlaku akibat kelalaian meletak kenderaan di lokasi berisiko seperti di bawah pokok besar atau berhampiran kawasan rimbun.
Info Tambahan:
Pihak insurans tidak menanggung sebarang kerugian atau kerosakan kenderaan yang berpunca daripada bencana alam seperti pokok tumbang akibat angin kencang.
Kami amat menghargai kerjasama dan keprihatinan semua pihak dalam memastikan keselamatan diri dan harta benda masing-masing.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau cadangan, orang ramai boleh menghubungi melalui WhatsApp ke:
011-6266 3831 (Unit Penguatkuasa, Majlis Daerah Ranau)
Bersama kita utamakan keselamatan komuniti.
![]()
