FAQ Majlis Daerah Ranau

SOALAN LAZIM (FAQ)

PENTING: Segala urusan adalah tertakluk kepada Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah).
A. CUKAI PINTU (TAKSIRAN)
1. Apa itu Cukai Pintu?
Cukai Pintu ialah cukai tahunan yang dikenakan ke atas harta-harta berkadar di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Ranau. Hasilnya digunakan untuk perkhidmatan bandar seperti kutipan sampah, pembersihan longkang, dan penyelenggaraan lampu jalan.
2. Apakah harta yang dikenakan Cukai Pintu?
Semua pegangan hartanah yang mempunyai hak milik (geran) dalam kawasan Majlis, termasuk rumah kediaman, bangunan perniagaan, premis industri dan tanah kosong yang berpotensi untuk dibangunkan.
3. Apakah jenis harta yang dikecualikan?
Tempat ibadat (masjid/gereja), tanah perkuburan awam, sekolah dan institusi pendidikan bukan keuntungan, hospital awam, serta harta milik Majlis atau yang telah diwartakan pengecualian oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
4. Siapakah yang bertanggungjawab membayar?
Pemilik harta bertanggungjawab sepenuhnya mengikut Seksyen 82, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah). Dalam keadaan tertentu, bayaran boleh dituntut daripada penyewa mengikut Seksyen 92 ordinan yang sama.
B. PENYEWAAN KEMUDAHAN
5. Bagaimana cara menyewa dewan, padang atau gelanggang?
C. PERLESENAN & PEMBANGUNAN
6. Bagaimana cara memohon lesen perniagaan?
Setiap perniagaan wajib berdaftar. Muat turun borang dan hantar ke Pejabat Majlis bersama dokumen sokongan (IC, SSM, Gambar Premis).
Muat Turun Borang Perlesenan
7. Urusan Pembangunan & Pelan Bangunan?
Untuk permohonan pembangunan tanah atau kelulusan pelan bangunan, sila rujuk pautan di bawah:
Muat Turun Borang Pembangunan
D. ADUAN AWAM
8. Bagaimana cara mengemukakan aduan?
Aduan berkaitan longkang, sampah, atau perkhidmatan Majlis boleh dibuat secara terus di kaunter pejabat, melalui panggilan telefon, atau menggunakan sistem i-Adu di laman web rasmi.

Loading

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top