STRUKTUR ORGANISASI
CARTA BAHAGIAN MAJLIS DAERAH RANAU
PENGERUSI
↓
PEGAWAI EKSEKUTIF
↓
BAHAGIAN KEWANGAN
- Menguruskan belanjawan tahunan dan aliran tunai organisasi.
- Mengendalikan kutipan hasil (Cukai Pintu, Lesen, dan Sewaan).
- Menguruskan pembayaran gaji kakitangan dan tuntutan pembekal.
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
- Menjalankan rondaan dan pemantauan pematuhan Undang-Undang Kecil (UUK).
- Mengambil tindakan terhadap premis atau individu yang melanggar peraturan perbandaran.
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan, latihan, dan kebajikan kakitangan.
- Mengendalikan sistem fail, surat-menyurat, dan urusan mesyuarat Majlis.
- Bertanggungjawab terhadap pengambilan pekerja serta penilaian prestasi.
BAHAGIAN KEJURUTERAAN
- Merancang dan menyelia projek pembangunan infrastruktur.
- Menyelenggara kemudahan awam dan lampu jalan.
- Memproses permohonan pelan bangunan dan permit binaan.
BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR
- Menguruskan sistem kutipan sampah dan pembersihan kawasan.
- Menjalankan kawalan kebersihan premis makanan dan pasar.
- Melaksanakan program kawalan penyakit berjangkit dan landskap bandar.
| JUMLAH KAKITANGAN | BILANGAN |
|---|---|
| KAKITANGAN TETAP | 61 |
| PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) | 32 |
![]()
