Last Updated on November 20, 2025 by Kelvin Mairin




DEWAN MASYARAKAT RANAU TERIMA UPGRADE TERBAHARU! ![]()
Majlis Daerah Ranau dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Dewan Masyarakat Ranau kini berwajah baharu selepas menerima beberapa naik taraf penting bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti penganjuran acara.
Antara penambahbaikan yang telah siap dilaksanakan:
Sistem suara baharu — Mixer & Speaker berkualiti tinggi
LED Screen bersaiz besar di bahagian pentas
Kipas industri bersaiz besar untuk pengudaraan yang lebih selesa
Penggunaan dewan dengan fasiliti baharu ini telah pun digunakan buat pertama kali semasa Hari Penamaan Calon, dan kami menerima respon yang sangat positif daripada para pengguna serta penganjur majlis tersebut.
Untuk makluman, penempahan Dewan Masyarakat Ranau kini dibuka kepada orang ramai bagi sebarang majlis, program atau acara rasmi. Tempahan boleh dibuat secara terus melalui Majlis Daerah Ranau.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis.
#MajlisDaerahRanau#DewanMasyarakatRanau#UpgradeFasiliti#RanauPrihatin#FasilitiAwam#KerosakanZero#SabahMajuJaya#ILoveRanau
