Last Updated on November 10, 2025 by Kelvin Mairin









SLAF 2025 MELABUHKAN TIRAI! ![]()
Dengan ini berakhirlah Sabah Landscape Architecture Festival (SLAF) 2025, sebuah festival landskap yang penuh warna, kreativiti dan semangat komuniti! ![]()
![]()
Majlis Daerah Ranau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas penganjuran festival yang begitu hebat dan ceria. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua staf MDR yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan kali ini ![]()
Ucapan terima kasih istimewa turut disampaikan kepada masyarakat Ranau yang menyumbang bahan dan idea dalam pembinaan arca landskap “𝗥𝗶𝗻𝗮𝗶𝘁 𝗱𝗼 𝗣𝗼𝗺𝗼𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻” simbol kerja keras, kesyukuran dan semangat gotong-royong masyarakat kita ![]()
Secara keseluruhan, Ranau berada di kedudukan ke-5 daripada 24 PBT seluruh Sabah, satu pencapaian yang sangat membanggakan! ![]()
![]()
Kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk penyertaan akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua PBT yang berjaya memenangi pertandingan LArtScape kategori PBT!
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperindah dan memperkukuh landskap di setiap daerah di Sabah. ![]()
Berikut ialah pengumuman rasmi keputusan keseluruhan daripada pihak penganjur ![]()
“PENGUMUMAN RASMI PENGANJUR
Tahniah kepada semua pemenang pertandingan PBT hari ini!
Kepada yang belum berjaya, rezeki anda mungkin tiba pada tahun 2027 nanti. Terima kasih kepada semua PBT yang menyertai pertandingan *LArtScape Showcase : Dialogue with the wind SLAF2025* atas usaha gigih & dedikasi yang diberikan. Untuk makluman tuan/puan, berikut adalah keputusan keseluruhan berdasarkan markah yang diberikan oleh pihak juri :
1. MD Tambunan
2. MD Papar
3. MD Lahad Datu
4. MD Kuala Penyu & MD Keningau
5. MD Ranau
6. MD Kota Belud
7. MD Penampang
8. MD Tenom
9. MD Telupid
10. MD Putatan
11. MD Beaufort
12. MP Tawau
13. MD Semporna
14. MD Pitas
15. MD Nabawan & LB kudat
16. MD Kota Marudu
17. MD Tongod
18. MD Sipitang
19. MD Kinabatangan
20. MD Tuaran
21. MD Kunak
22. MP Sandakan
Terima kasih! Jumpa lagi tahun 2027″
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis.
#RanauHebat#SLAF2025#RinaitDoPomogunan#MajlisDaerahRanau#RanauPrihatin#KerjasamaKomuniti#SabahMajuJaya#ILoveRanau
