Last Updated on October 16, 2025 by Kelvin Mairin

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA TALIAN TELEFON & FAKS MAJLIS DAERAH RANAU
Dimaklumkan bahawa talian telefon dan faks Majlis Daerah Ranau akan ditutup sementara waktu berikutan proses perpindahan pejabat baharu.
Segala urusan pentadbiran kini boleh dilakukan di pejabat baharu Majlis Daerah Ranau, manakala urusan pembayaran masih dijalankan di pejabat lama buat sementara waktu.
Mulai hari Selasa (21 Oktober 2025), semua jenis urusan akan dijalankan sepenuhnya di pejabat baharu Majlis Daerah Ranau.
Untuk sebarang urusan atau pertanyaan, sila hubungi:
Unit Hasil: 011-6266 7260
Unit Penguatkuasa: 011-6266 3831
Email rasmi: md.rnu@sabah.gov.my
Majlis Daerah Ranau memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh ini. Segala kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai. ![]()
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis
#Ranau#MajlisDaerahRanau#MaklumanRasmi#PerpindahanPejabat#UrusanPentadbiran#PerkhidmatanAwam#SabahMajuJaya#ILoveRanau
![]()
