Last Updated on August 28, 2025 by Kelvin Mairin












PEMANTAUAN KIOSK & SANTUNI PENIAGA DI PEKAN KUNDASANG ![]()
Pegawai Eksekutif bersama Tuan Samsul Sinun, Ahli Majlis Majlis Daerah Ranau (MDR) telah turun padang membuat pemantauan di kawasan kiosk sayuran dan bunga di Pekan Kundasang.
Dalam sesi ini, pihak Majlis turut menyantuni peniaga yang terkesan dengan keadaan cuaca kebelakangan ini.
Keadaan cuaca di Pekan Ranau dan Kundasang kini dilaporkan kuat angin.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan berisiko tinggi demi keselamatan bersama.
Petugas MDR sentiasa berusaha sehabis baik untuk membantu menyelesaikan isu ini dan memastikan kesejahteraan para peniaga serta keselamatan orang awam.
Terima kasih kepada semua peniaga dan masyarakat atas kerjasama serta keprihatinan anda.
Sebarang aduan atau makluman boleh diajukan melalui WhatsApp:
Unit Penguatkuasa: 011-62663831
Unit Hasil: 011-62667260
Sama-sama kita jaga keselamatan, kebersihan dan keharmonian Ranau.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis.
#RanauPrihatin#MajlisDaerahRanau#PantauKawasan#KeselamatanKomuniti#SabahMajuJaya#ILoveRanau
![]()
