Last Updated on October 22, 2025 by Kelvin Mairin


TINDAKAN PENYELENGGARAAN KAWASAN AWAM ![]()
Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna pejalan kaki serta peniaga di kawasan berkenaan, kerja-kerja penggantian slab simen rosak telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Daerah Ranau.
Lokasi: Kawasan Kedai 88, Pekan Kundasang
Status Tindakan: Kerja-kerja penggantian slab simen telah siap dilaksanakan pada 21 Oktober 2025 (Selasa).
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Majlis Daerah Ranau dalam memastikan prasarana awam sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh orang ramai.
Untuk sebarang aduan atau cadangan penambahbaikan, sila hubungi kami melalui WhatsApp:
011-6266 3831 (Unit Penguatkuasa)
Sama-sama kita jaga kebersihan, keselamatan dan keindahan kawasan Ranau demi keselesaan semua.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis
#RanauPrihatin#PenyelenggaraanAwam#MajlisDaerahRanau#TindakanSusulan#KerjasamaKomuniti#SabahMajuJaya#ILoveRanau
