Last Updated on October 22, 2025 by Kelvin Mairin





LIBAT URUS PEMBANGUNAN PUSAT PENJAJA KUNDASANG MODEN ![]()
Sesi libat urus bersama peniaga gerai sayur, buah dan bunga telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan pembangunan Pusat Penjaja Kundasang Moden yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Tarikh: 22 Oktober 2025 (Rabu)
Tempat: Pentas Budaya Kundasang
Kehadiran:
– Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
– UDA Holdings Berhad
– Bank Rakyat
– Pegawai Daerah Ranau
– Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau
– Ahli Majlis
– JKDB Kundasang
Sesi ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada peniaga bagi memastikan pembangunan ini menepati keperluan serta memberi manfaat kepada semua pihak.
Pembangunan ini merupakan langkah berterusan Majlis Daerah Ranau untuk menaiktaraf kemudahan penjaja sedia ada agar lebih moden, selesa dan tersusun sekali gus memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di Kundasang.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis.
#RanauPrihatin#Kundasang#PusatPenjajaModen#MajlisDaerahRanau#UsahawanTempatan#KUSKOP#UDABerhad#BankRakyat#KerjasamaKomuniti#SabahMajuJaya#ILoveRanau
