KERJA PEMINDAHAN KE PEJABAT BAHARU MAJLIS DAERAH RANAU

Last Updated on October 17, 2025 by Kelvin Mairin

🚛 KERJA PEMINDAHAN KE PEJABAT BAHARU MAJLIS DAERAH RANAU 📦

Sepanjang minggu ini, kerja-kerja pemindahan peralatan, dokumen, fail serta barangan pejabat sedang giat dilaksanakan dari pejabat lama ke Pejabat Baharu Majlis Daerah Ranau.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada proses persediaan sebelum operasi rasmi dijalankan sepenuhnya di lokasi baharu.

🏢 Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Ranau akan mula beroperasi sepenuhnya di Pejabat Baharu Majlis Daerah Ranau bermula 21 Oktober 2025 (Selasa).

Majlis Daerah Ranau mengucapkan terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan sokongan semua pihak sepanjang tempoh perpindahan ini. Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Majlis untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada masyarakat Ranau. 🙏

💡 Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?

📲 Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!

➡️ Dengan follow, anda akan:

✔ Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi

✔ Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau

✔ Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis

#MajlisDaerahRanau#PerpindahanPejabat#OperasiBaharu#Ranau#PerkhidmatanAwam#SabahMajuJaya#ILoveRanau

Loading

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon
wpChatIcon
Scroll to Top