Last Updated on October 15, 2025 by Kelvin Mairin


MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OUTDOOR GYM ROCKGARDEN
Dimaklumkan bahawa kemudahan Outdoor Gym di Rockgarden, Ranau akan ditutup buat sementara waktu bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan keselamatan peralatan.
Penutupan ini dilaksanakan sebagai langkah berterusan Majlis Daerah Ranau untuk memastikan kemudahan awam sentiasa selamat, bersih dan dalam keadaan baik untuk kegunaan orang ramai.
Outdoor Gym ini akan dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Majlis Daerah Ranau memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh penutupan ini.
Sama-sama kita pelihara kemudahan awam untuk kesejahteraan bersama.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis.
![]()
