Last Updated on September 27, 2025 by Kelvin Mairin



















![]()
HARI CUCI MALAYSIA 2025 โ PROGRAM MEGA PEMBERSIHAN ![]()
![]()
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan Hari Cuci Malaysia: Program Mega Pembersihan bersempena World Clean Up Day pada 27 September 2025 (Sabtu), bermula jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.
Sambutan ini berkonsepkan Gotong-Royong Mega yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia, dengan lokasi utama bertempat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.
Di Ranau, Majlis Daerah Ranau turut menyahut seruan ini dengan melaksanakan Hari Cuci Malaysia 2025 di Perkarangan dan dalam bangunan Pejabat Baru Majlis Daerah Ranau, bersamaan dengan persiapan Majlis Perasmian Pejabat Baru MDR.
Terima kasih kepada semua kakitangan Majlis Daerah Ranau yang bersama-sama bergotong-royong dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini memperkukuh budaya kebersihan dan semangat komuniti di Ranau.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis
#HariCuciMalaysia2025#WorldCleanUpDay#ProgramMegaPembersihan#MajlisDaerahRanau#PerasmianPejabatBaruMDR#GotongRoyongMega#RanauPrihatin#SabahMajuJaya#ILoveRanau
![]()
