Last Updated on August 4, 2025 by Kelvin Mairin

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENIAGA DI DAERAH RANAU
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, dan mengikut arahan daripada Kerajaan Negeri Sabah, semua peniaga di daerah Ranau diminta untuk:
Mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah di premis masing-masing.
Memastikan bendera yang dikibarkan berada dalam keadaan baik, tidak lusuh dan dipasang dengan kemas.
Pastikan tiada bendera lusuh di kawasan premis yang boleh mencacatkan imej sambutan kemerdekaan.
Sila ikut etika yang betul semasa mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
Langkah ini adalah tanda cinta, semangat patriotisme dan kesatuan rakyat Sabah & Malaysia dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan. ![]()
![]()
Kerjasama semua peniaga amatlah dihargai untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan kemerdekaan di daerah Ranau.
Mau selalu dapat info terkini tentang aktiviti, pengumuman penting dan program anjuran Majlis Daerah Ranau?
Tekan butang Follow di Facebook Page Majlis Daerah Ranau!
Dengan follow, anda akan:
Sentiasa tahu bila ada program dan hebahan rasmi
Tidak ketinggalan info penting untuk warga Ranau
Lihat aktiviti dan inisiatif terbaru Majlis
#BulanKemerdekaan#JalurGemilang#BenderaSabah#MajlisDaerahRanau#SabahMajuJaya#ILoveRanau
![]()
