Last Updated on July 8, 2025 by Kelvin Mairin




TINDAKAN PENYELENGGARAAN KAWASAN AWAM ![]()
Bagi memastikan kelancaran sistem saliran dan kebersihan persekitaran kawasan tumpuan awam, kerja-kerja pembersihan parit telah dilaksanakan.
Lokasi: Kawasan Pasar Malam, Pekan Ranau
Status Tindakan: Kerja pembersihan telah siap dijalankan pada 8 Julai 2025 (Selasa)
Kami merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak dalam memelihara kebersihan dan keselesaan kawasan Pasar Malam dan Pekan Ranau.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau cadangan, orang ramai boleh menghubungi melalui WhatsApp ke:
011-6266 3831 (Unit Penguatkuasa, Majlis Daerah Ranau)
Sama-sama kita pelihara kebersihan, keselamatan dan keindahan Ranau yang kita cintai ini.
#RanauPrihatin#PenyelenggaraanAwam#MajlisDaerahRanau#TindakanSusulan#KerjasamaKomuniti#SabahMajuJaya#ILoveRanau
![]()
