
PENGENALAN & SEJARAH
MAJLIS DAERAH RANAU
Majlis Daerah Ranau (MDR) ditubuhkan untuk mengurus dan mentadbir kawasan Ranau di Sabah. Ia memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur, perkhidmatan awam, dan penyelenggaraan kebersihan di kawasan tersebut. Majlis ini juga bertanggungjawab dalam melaksanakan undang-undang kecil dan memastikan kesejahteraan penduduk setempat.
MDR secara rasminya ditubuhkan pada 1 Januari 1962 di mana bidang kuasanya meliputi keseluruhan kawasan Daerah Ranau. Walau bagaimanapun, operasinya tertumpu di kawasan percukaian (*rating area*) di sekitar Pekan Ranau seluas 1,610 ekar (652 Hektar) dan Kundasang seluas 10,399 ekar (4,172 Hektar).
Penubuhan Majlis Daerah Ranau adalah berlandaskan punca kuasa yang diperuntukkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1962, yang memberikan mandat penuh kepada Majlis untuk mentadbir serta memacu kemajuan daerah selaras dengan visi pembangunan negeri.
Perkhidmatan di Majlis Daerah Ranau
Bahagian Kewangan
- Cukai Pintu
- Lesen Perniagaan
- Sewaan Premis
Bahagian Penguatkuasaan
- Cukai Pintu
- Lesen Perniagaan
- Sewaan Premis
Bahagian Pentadbiran
- Aduan & Pertanyaan
- Permohonan Kerja
- Khidmat Pelanggan
Bahagian Kejuruteraan
- Pelan Bangunan
- Permit Binaan
- Lampu & Jalan
- Kemudahan Awam
Bahagian Kesihatan
- Kutipan Sampah
- Premis Makanan
- Pasar & Penjaja
